Sunday, December 22, 2019

M

M mewakili mystery, memories, murder dan magical dalam bahasa Inggeris. Lut mengusahakan sebuah syarikat penyiaran M untuk mencari pembunuh misteri itu. Dia ingin membalas dendam kepada orang yang telah membunuh keluarganya walaupun mengambil masa yang lama sekalipun.

Masa

Maya melihat tarikh pada jam tangannya dan jarum jam berpusing laju. Keadaan sekeliling juga berubah dengan pantas sekali dari siang hingga malam dan berulang beberapa kali. Maya cuba untuk memahami keadaan tersebut. Dia baru sedar yang dia sekali lagi terperangkap di dunia lain.

Maya

Dr. Maya Kur Binti Romi. Seorang doktor perubatan yang telah menyelamatkan nyawa Lut. Dia meminta Syah, rakan baiknya yang juga pengawal peribadinya untuk mencari Maya tetapi gagal. Selepas mendaftar keluar dari hospital, Lut cuba menghubungi Maya untuk membalas budi baiknya dan akhirnya berjaya. 

Pembunuh Misteri

Dia berpakaian serba hitam dari atas hingga bawah. Jaketnya hitam. Seluarnya hitam. Kasutnya hitam. Sarung tangannya hitam. Topeng muka juga hitam. Siapa sangka gerangan serba hitam ini adalah pembunuh. Dia datang ke rumah keluarga Lut untuk membunuh keluarganya. Misterinya pembunuh ini apabila dia berjaya menghilangkan diri tanpa sebarang jejak dan bukti. 

Dunia

Pernahkah kita sedar tentang kewujudan dunia lain selain daripada dunia yang kita diami ini? Apakah sama kehidupan di sana dengan dunia ini? Bagaimana pula dengan masa yang bergerak?

Pelukis kartun

Dalam banyak-banyak kerjaya, pernahkah kita terfikir untuk menjadi seorang pelukis kartun? Kartun yang bukan sahaja menghasilkan sebuah lukisan malah mampu menyampaikan jalan cerita yang menarik dan bertauladan melalui komik atau majalah. Terdapat ramai pelukis kartun yang hebat di dalam mahupun luar negara. Ibrahim Anon atau lebih dikenali sebagai Ujang yang berjaya menghasilkan Ujang yang popular. Fujiko Fujio pula pelukis komik dari Jepun yang telah berjaya menghasilkan komik terkenal iaitu Doraemon yang dikenali serata dunia.

Mimpi

Sering kali kita dengar mimpi itu adalah mainan tidur. Mimpi bukanlah perkara yang harus digeruni. Mimpi juga bukanlah realiti. Tetapi bagaimana pula dengan realiti yang seakan-akan mimpi? Realiti yang dihadapi oleh Lut amat membuatkan dia tersungkur ke bumi. Dia berharap agar dapat mengembalikan keluarganya. Persoalannya, bolehkah keluarganya hidup kembali?

Sukan menembak

Lut telah berjaya menempah kedudukan dalam peringkat akhir perlawanan 50m Pistol Lelaki mewakili negara. Ini merupakan debut kebangsaan pertama buat Lut. Dia harus memastikan pingat emas diraih melalui perlawanan ini. Lut telah mendahului perlawanan dengan memperoleh mata tertinggi. Namun begitu, tembakan kedua terakhirnya tersasar. Penembak dari Ukraine telah merampas kedudukan Lut di tempat pertama. Adakah Lut berjaya menjulang pingat emas dalam acara ini?

Thursday, December 19, 2019

Wednesday, December 4, 2019

Mula dan Henti

Andai kehidupan ini ada butang mula dan henti. Sudah pasti ramai akan manfaatkan butang henti untuk hentikan masa supaya dapat menikmati saat indah bersama orang yang disayangi. Butang mula pula pasti akan ditekan sepantas mungkin untuk lari dari masa silam atau situasi yang digeruni. Tapi inilah realiti, masa silam tidak lagi kembali, terus ke hadapan untuk masa depan yang menanti.

Pneumotoraks

Pneumotoraks atau sebutannya noo-mo-tor-aks adalah kegagalan fungsi paru-paru. Ia berlaku apabila udara memasuki ruang di antara paru-paru dan dada pesakit. Udara yang terperangkap harus dilepaskan segera supaya keadaan pesakit tidak melarat dan boleh menyebabkan kematian. Apabila udara yang memasuki adalah banyak, pemasangan jarum atau chest tube  harus dibuat ke atas pesakit bagi melepaskan udara dan menyelamatkan pesakit. 

Dendam

Lut dipenjarakan tanpa sempat melihat acara pengebumian ahli keluarganya. Dia berasa amat terkilan. Lut menyematkan dendamnya terhadap pembunuh misteri itu. Dia tekad untuk mencari dalang yang telah menghancurkan hidupnya dan membunuh keluarganya. Dendam yang tersemat di hati membuatkan dia lebih berani untuk menghadapi segala kemungkinan yang menanti.
Light Red Pointer