Saturday, November 2, 2019

PPBI

Setiap orang mempunyai kebolehan untuk menulis namun apa yang membezakan setiap karya penulisan itu adalah hasil tulisan itu sendiri. Oleh itu, untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik, penulis boleh mengikut beberapa tips. Penulisan yang menarik adalah daripada pembacaan yang baik. Dengan membaca, penulis dapat mengolah dan membina ayat yang lebih kreatif dan menarik minat pembaca. Bahan bacaan yang boleh dibaca ialah penulisan dari penulis-penulis yang berjaya dan berpengalaman dalam bidang penulisan. Penulis juga perlu sentiasa memerhati apa yang berlaku di sekeliling dan mencatat segala idea pada buku nota ataupun telefon pintar. Penulis boleh menggunakan blog untuk mencatat proses penulisan, berkongsi segala idea dan pengalaman sepanjang menghasilkan sesebuah penulisan itu sendiri .Penulis seharusnya mempunyai satu ruang khas untuk menulis setiap hari.  Penggunaan kosa kata yang menarik semestinya dapat menghasilkan penulisan yang bagus. Penulis perlu memastikan penggunaan tatabahasa yang betul. Oleh hal yang demikian, penulis boleh membuat latihan penulisan untuk memperbaiki kemahiran dan memperkukuhkan bakat dalam penulisan serta meneroka genre, gaya dan teknik yang berbeza. Oleh itu, tips berikut boleh diikuti oleh para penulis lebih-lebih lagi penulis yang baru sahaja ingin menceburi bidang penulisan.
Light Red Pointer