Sunday, December 22, 2019

M

M mewakili mystery, memories, murder dan magical dalam bahasa Inggeris. Lut mengusahakan sebuah syarikat penyiaran M untuk mencari pembunuh misteri itu. Dia ingin membalas dendam kepada orang yang telah membunuh keluarganya walaupun mengambil masa yang lama sekalipun.

Masa

Maya melihat tarikh pada jam tangannya dan jarum jam berpusing laju. Keadaan sekeliling juga berubah dengan pantas sekali dari siang hingga malam dan berulang beberapa kali. Maya cuba untuk memahami keadaan tersebut. Dia baru sedar yang dia sekali lagi terperangkap di dunia lain.

Maya

Dr. Maya Kur Binti Romi. Seorang doktor perubatan yang telah menyelamatkan nyawa Lut. Dia meminta Syah, rakan baiknya yang juga pengawal peribadinya untuk mencari Maya tetapi gagal. Selepas mendaftar keluar dari hospital, Lut cuba menghubungi Maya untuk membalas budi baiknya dan akhirnya berjaya. 

Pembunuh Misteri

Dia berpakaian serba hitam dari atas hingga bawah. Jaketnya hitam. Seluarnya hitam. Kasutnya hitam. Sarung tangannya hitam. Topeng muka juga hitam. Siapa sangka gerangan serba hitam ini adalah pembunuh. Dia datang ke rumah keluarga Lut untuk membunuh keluarganya. Misterinya pembunuh ini apabila dia berjaya menghilangkan diri tanpa sebarang jejak dan bukti. 

Dunia

Pernahkah kita sedar tentang kewujudan dunia lain selain daripada dunia yang kita diami ini? Apakah sama kehidupan di sana dengan dunia ini? Bagaimana pula dengan masa yang bergerak?

Pelukis kartun

Dalam banyak-banyak kerjaya, pernahkah kita terfikir untuk menjadi seorang pelukis kartun? Kartun yang bukan sahaja menghasilkan sebuah lukisan malah mampu menyampaikan jalan cerita yang menarik dan bertauladan melalui komik atau majalah. Terdapat ramai pelukis kartun yang hebat di dalam mahupun luar negara. Ibrahim Anon atau lebih dikenali sebagai Ujang yang berjaya menghasilkan Ujang yang popular. Fujiko Fujio pula pelukis komik dari Jepun yang telah berjaya menghasilkan komik terkenal iaitu Doraemon yang dikenali serata dunia.

Mimpi

Sering kali kita dengar mimpi itu adalah mainan tidur. Mimpi bukanlah perkara yang harus digeruni. Mimpi juga bukanlah realiti. Tetapi bagaimana pula dengan realiti yang seakan-akan mimpi? Realiti yang dihadapi oleh Lut amat membuatkan dia tersungkur ke bumi. Dia berharap agar dapat mengembalikan keluarganya. Persoalannya, bolehkah keluarganya hidup kembali?
Light Red Pointer